Tuesday, September 27, 2011

menulis kembali hati


Hey, aku sudah mahu pergi ini
Tapi bukan mahu tinggalkan engkau
Aku mahu berjuang
Benar, cuma tanpa engkau
Itu saja yang membezakannya.

Sepasang mata engkau yang sepet dan sayu
Sentiasa di dalam ingatan
Mata itu yang memberi aku kepercayaan
Dalam cinta dan rindu.

Bibir kau yang tersenyum
Saat aku tiba memeluk engkau dari belakang
Dan bibir itu juga sering memberi aku kata – kata manis dan indah
Membuat jiwa aku sering melayang.

Aku juga kini sakit merindu
Menginginkan sentuhan lembut kau mengelus jari - jari dan dahi aku
Menggenggam tanganku erat ketika aku menangis
Terasa hangat dan aku rasa selamat.

Kau harus bantu aku
Menjadi yakin dalam cinta
Kerna jalan masih jauh dan berliku
Kerna tanpa kau
Aku pasti rebah dan terkulai.

24 Ramadhan 1432/ 24 ogos 2011

ditulis saat masih cinta. 

2 comments: