aku rindu kita berjalan bersama di susur gajah
aku rindu kita menikmati angin petang di pantai BNO
aku rindu kita berjauhan kerana peperiksaan semester
aku rindu kita keluar makan di Air Buah Gelas Besar
aku rindu kita menonton wayang di Teluk Intan
aku rindu kita berpakaian paling hebat di jamuan raya
aku rindu kita dicemburui skandal kau mahupun skandal aku
aku rindu kau menjadi pengurus team futsal aku
aku rindu melihat kau bermain futsal di petang hari
terlalu banyak yang aku rindu
membuat aku masih tidak percaya
kau dan aku
kini sudah jauh
dan sedang berubah
No comments:
Post a Comment